Seni Arca UPSI
Tuesday, 23 December 2014
PROSES PENGHASILAN
1. bentukkan tanah liat menjadi bulat
kemudian bentukkan replika tengkorak dengan menggunakan tanah liat yang telah dicampurkan dengan silikon rubber
Hasilkan sebuah kotak yang bersaiz lebih besar daripada replika tengkorak tadi
Bancuh 'plaster of paris' dan tuangkan kedalam kotak tersebut bersama dengan replika tengkorak tadi. Pastikan tanah rapat pada dasar kotak.
Setelah kering, terbalikkan bongkah 'plaster of paris' tersebut dan korek kembali tanah liat didalam bongkah tersebut.
Acuan replika tengkorak tadi terbentuk didalam bongkah 'plaster of paris' tersebut.
Leburkan ladung timah pada suhu yang sesuai.
Tuang timah cair kedalam acuan 'plaster of paris' tadi dengan berhati-hati.
Buang lebihan timah cair dari mulut acuan supaya lebih kemas.
Pecahkan bongkah 'plaster of paris' dengan menggunakan pahat dengan berhati-hati supaya tidak mencalarkan replika timah.
Hasil replika tengkorak timah yang terhasil.
PERAK MAN
Orang Perak atau Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia. Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, di Lembah Lenggong, Hulu Perak pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut.
Penemuan ini adalah hasil dari penyelidikan yang dibuat oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM yang diketuai oleh Datuk Prof Zuraini Majid, dengan kerjasamaJabatan Muzium Malaysia. Antara penemuan terpenting adalah rangka tulang Perak Man yang berumur antara 10,000-11,000 tahun. [1]
Perak Man adalah rangka tulang manusia dari zaman batu era Palaeolithic hampir sempurna yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyaicongenital deformity yang dikenali sebagai Brchymesophalangia. Perak Man telah dikebumikan dengan posisi "foetal", iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada dengan tangannya memegang beberapa jenis daging. Ia dikebumikan dengan beberapa peralatan batu dan beribu-ribu kerang sungai.
Melihat kepada kedudukan cara pengkebumiannya dan peralatan yang ditanam bersamanya, adalah dipercayai bahawa Orang Perak merupakan ahli penting bagi puaknya.
Perak Man adalah lelaki berumur antara 40-45 tahun dengan ketinggian 157 cm, menjalani kehidupan sihat, memakan makanan berfiber dan berjalan dengan membongkok. Dia memiliki tangan kiri yang lemah ("atrophied ") dan satu jari cacat.
Gua Teluk Kelawar terletak di gunung batu kapur Kepala Gajah. Gua ini telah membentuk beberapa tempat berteduh yang didiami oleh beberapa keluarga sejak 10,000 tahun dahulu seperti yang didapati melalui penyelidikan yang dijalankan oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM.
Tuesday, 4 November 2014
Hasil Projek
Langkah membuat Master Mould
mengukir design yang telah dipilih diatasa tanah liat |
seterusnya, membuat kekemasan pada arca ini. |
Langkah membuat Mould dengan menggunkan silikon
tinner dicampurkan sedikit dengan silikon rubber supaya proses pengeluaran silikon berjalan dengan lancar |
kita perlu meratakan silikon ini .. |
Langkah seterunya membuat acuan Mother Mould
memotong kayu sepanjang 9x9inci untuk membuat bingkai acuan Mouther Mould
Langkah seterusnya membancuh Pastel Of Paris (POP)
untuk membuat Mother Mould
setelah POP sebati dengan campuran air tuang pop dalam bingkai 9x9 inci tadi sehingga menutupi Mould |
Langkah seterusnya membuat membuat lima produk
Proses mewarna
Final
Subscribe to:
Posts (Atom)