ARCA
Seni Arca mempunyai keistimewaan tersendiri
berbanding dengan seni halus yang lain.penyataan dalam bentuk tiga deminsi
menyebabkan arca diminati dalam dimensi yang berlainan.bentuk arca yang
berjisim mengigatkan kepada bentuk seni bina. Lantaran itu seni arca dan seni
bina boleh dukatakan sealiran.Pengkarya seni bina sering mengutarakan konsep
arcanya berkaitan dengan alam kehidupan seharian. Pengertian arca berasal
daripada bahasa latin iaitu, Sculpere yang bermakna suatu proses mengukur,melirik,mencungkil
dan Mengguris. Seni arca mula diketahui apabila terjumpanya patung Cycladic
yang diukir disebuah pulau,dilaut. Aegean lebih kurang 4500 tahun lalu. Pada
masa itu arca-arca dibina dalam bentuk figura manusia(patung).Persembahan dalam
bentuk figura manusia berkaitan dengan system agama dan kepercayaan.
Perkembangan seni arca di Malaysia . . .
Perkembangan seni arca di Malaysia bermula dengan
bentuk-bentuk berungsur magik untuk kegunaan keagamaan.Misalnya patung-patung
orang asli iaitu kaum Jah Hut dan Mah Mari yang mempunyai cici-ciri seumpama
itu.Begitu juga dengan keadaanya Megalith Pedang di Pengkalan Kempas Negeri
Sembilan. Hanya pada sekitar tahun 1960an pengkarya mula membina arca bentuk
moden antaranya ialah Anthony Lau, Latiff Mohidan,Syed Ahmad Jamal, Lim Kian
Seng dan sebagainya. Pengarca kini sudah berani berkarya dengan menggunakan
perbagai media dan juga material.Karya selalunya dihasilkan mengikut tema ataa
isu-isu yang tersendiri berdasarkan kehendak pengkarya ataupun kehendak pasaran.
Seni Arca Asia
Arca di Asia banyak menggunakan patung-patung
yang menggambarkan sesuatu entiti yang khusus, biasanya
manusia,peristiwa,,haiwan atau objek.Tumpuannya ialah sebagai satu
perlambangan. Banyak arca dicipta melalui tempahan untuk memperingati sesuatu
peristiwa bersejarah atau kehidupan seorang tokoh.Ia bertujuan sebagai seni
awam yang dipamirkan di luar dan kadangkala ia juga dipamirkan di dalam
banggunan awam untuk menegaskan sesuatu kepada orang ramai dengan cara yang
lebih ketara daripada apa yang boleh ditekankan melalui penggunaan
perkataan.Kadangkala,arca-arca yang dihasilkan mempunyai sejarah tersendiri.
Pengarca Asia sekarang lebih berani menghasilkan karyamengikut idea dan juga
tema-tema.Contohnya pengarca dari Thailand iaitu Chainapa
Lepajarn yang telah menghasilkan olahan arca yangberbentuk abstrak. Dari situ
dapat dilihat bahawa pengarca asia telah membawa perkembangan mengikut arus
kemodenan.
Seni Arca Antarabangsa . . .
Pengarca antarabangsa kebanyakan merujuk kepada
sejarah dan juga budaya masing-masing sebagai panduan untuk berkarya.Banyak
perubahan berlaku mengikut arus kemodenan.Dengan adanya saina dan teknologi
pelbagai bentuk arca dapat dihasilkan.Arca pada zaman ini juga tidak lagi
terhad kepada carving dan mpdeling.Sekarang iayanya tertumpu kepada bentuk dan
juga pengamatan tiga dimensi.Pengarca menghasilkan karya dengan menggunakan
element seni yang dihasilkan menggunakan pelbagai jenis bahan. Antaranya besi,
Kain,Plastik dan kayu.Kajian arca dengan teori baru telahmenarik ramai pemerhati
dan pemintaan pasaran kini.Contohnya pengarca dari mexico John Webb yang
banyakmenghasilkan karya berbentuk abstrak dan menggunakan bahan seperti kayu. Antara
arca yang telah menjadi sejarah antarabangsa Umpamanya pada tahun 1986,apabila
Patung Liberty meraikan hari ulang tahun yang ke100, satu perayaan selama tiga
hari telah diadakan yang berjaya menarik Patung Liberty12 juta pengunjung. Perayaan
ini dikatakan merupakan peristiwa awam yang terbesar di dunia sehingga hari
ini.
Definisi Arca . . .
Arca adalah hasil kerja seni dalam bentuk tiga
dimensi.Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut.
Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu
proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris.
Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman
permainan, dan tempat – tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium
dan Tugu Peringatan.
Jenis – jenis arca . . .
Arca bersifat realis atau abstrak.Arca realis
menampilkan objek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan
patung manusia.Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya
pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca
tersebut.Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala
pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca.Arca
terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi.
Arca berfungsi (fizikal)
Arca berfungsi adalah jenis yang awal dibina oleh
arcawan.Kebanyakan arca ini hanyalah untuk upacara keagamaan dan
kebudayaan,mislnya acara (patung kaum Jah Hud dan Mah Meri. Arca ini bukan
sekadar dibina untuk tujuan estetika semata-mata,sebaliknya ia mempunyai
kepentingan kepada masyarakat. Kini arca dipamirkan di kawasan yang sentiasa
dikunjungi oleh orang ramai seperti ruang legar,bulatan sempang empat dan
sebagainya. Kebanyakan arca ini berfungsi untuk menghiburkan pengunjung.Antara
arca berfungsi ialah Tugu Negara atau tempat kanak-kanak bermain.
Arca Estetika
Arca jenis ini amat popular.Terdapat arca yang
berbentuk realis dan berimej abstrak.Keperluan arca ini adalah menghayati dan
menghargai nilai keindahannya.Oleh itu seseorang memerlukan nilai-nilai intelek
untuk memahaminya.Pada kebiasaannya arca ini dipamirkan di dalam galeri.
No comments:
Post a Comment